Black Deckers Forum
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Budak2 sekolah yg pintar

Go down 
AuthorMessage
princessanne
Apprentice
avatar

Posts : 41
Join date : 2008-05-28

PostSubject: Budak2 sekolah yg pintar   Fri Jul 25, 2008 8:43 am

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu :
(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama,duduk!Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham,cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : kurang bijak!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : kurang bijak!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan,kurang bijak!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup!
Cukup!
Back to top Go down
View user profile
 
Budak2 sekolah yg pintar
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apa yang menarik dari memeilihara Cichlid itu?
» Show Tank 214x80x70 by NAM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Black Deckers Forum :: Lepas Geram & Lepas Jiwang Korang kat sini :: Lepas Geram & Lepas Jiwang Korang kat sini-
Jump to: